|
|
| Friday, 7-Nov-2008 05:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Announcement
|
|
I won't be updating this page anymore.
Please visit my blog for other recipes. TQ.
http://sudu-dan-garfu.blogspot.com/
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 05:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Udang Sambal Tomato
|
|
Bahan-bahan
Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang)
Udang
Lada kering (diblender)
Sos tomato
Garam
Air
Minyak
Bawang besar (dipotong bulat)
Tomato (dipotong2)
Hirisan daun parsley
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang.
2. Masukkan lada diblender dan sos tomato. Gaul dan biar seketika hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang. Gaul rata. Tambahkan sedikit air. Tutup pan dan biarkan hingga udang masak.
4. Masukkan potongan bawang besar dan tomato. Gaul rata dan biar seketika.
5. Hidangkan dan taburkan hirisan daun parsley.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 05:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Acar Buah Epal dan Peach
|
|
Bahan-bahan
Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang halus)
Lada kering (diblender)
Serbuk kari
Cuka epal
Gula
Buah epal, buah peach, kismis (kat LA payah nak cari buah-buahan Asia daaa...terpaksa la guna buah-buahan omputih )
Cili api (diketuk)
Minyak (banyak sedikit)
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang hingga naik bau.
2. Gunakan api yang kecil. Masukkan lada kering dan serbuk kari. Biarkan hingga pecah minyak.
3. Tambahkan gula dan cuka epal. Biarkan lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan buah-buahan dan cili api. Masak sehingga pekat. Gunakan api yang kecil.
5. Hidangkan bersama nasi panas atau sedap dimakan begitu sahaja.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 04:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nasi Beriyani Ayam
|
|
Bahan-bahan
Ayam (potong2)
Beras basmathi (dibasuh dan direndam selama 30 minit)
Air asam jawa
Bawang merah (dimayang halus)
Pes halia
Pes bawang putih
Lada hijau dan lada merah (dipotong panjang)
Timun (dipotong bulat)
Minyak
Rempah beriyani
Cara-cara
1. Perapkan ayam dengan sedikit rempah beriyani, pes halia dan pes bawang putih selama 1 jam.
2. Masukkan sedikit air. Tutup periuk dan masak hingga ayam empuk dan air agak kering. Guna api yang kecil.
3. Masukkan minyak, dan goreng ayam tadi dengan api besar. Kacau-kacau selalu.
4. Lepas ayam agak kekuningan, keluarkan ayam.
5. Di minyak yang sama, tumiskan bawang merah hingga naik bau dan kekuningan.
6. Tambahkan lada hijau, lada merah, rempah beriyani, air asam jawa dan sedikit air. Gaul rata..masak seketika..kacau-kacau selalu.
7. Masukkan ayam yang telah dimasak tadi dan timun. Tambahkan sedikit air lagi.
8. Masak untuk beberapa minit lagi dan ketepikan.
9. Masak nasi seperti biasa.
10. Bila air nasi hampir nak kering, matikan api, dan toskan keluar air yg masih berbaki.
11. Masukkan lauk ayam tadi ke dalam nasi...gaul rata.
12. Tutup periuk, kecilkan api dan biar hingga nasi betul-betul masak.
13. Hidangkan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 04:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sotong Masak Itam
|
|
Bahan-bahan
Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang)
Sotong (biarkan hitamnya..basuh gitu2 aje)
Air asam jawa
Sedikit air
Garam
Minyak
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang.
2. Masukkan sotong.
3. Tambahkan air asam jawa dan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan garam secukup rasa.
5. Sekiranya nak pekat, biarkan sehingga pekat. Guna api kecil.
*** sepatutnya lebih hitammmm lagi daripada di gambar. tak tau la kenapa sotong kat LA ni tak cukup dakwat agaknya
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 04:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fried Curry Minced Meat
|
|
Bahan-bahan
Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang)
Serbuk kari (campurkan dgn sedikit air)
Daging cincang
Tomato (dipotong dadu)
Lada hijau (potong2)
Sedikit air
Minyak
Garam
Daun parsley
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan dimayang hingga naik bau.
2. Masukkan daging cincang.
3. Masukkan campuran serbuk kari dan sedikit air. Gaul rata. Biarkan seketika hingga pecah minyak.
4. Masukkan tomato dan lada hijau. Gaul rata lagi.
5. Tambahkan garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan letak daun parsley sebagai hiasan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Sep-2008 04:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Asparagus Goreng Udang
|
|
Bahan-bahan
Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang halus)
Asparagus (dipotong seinci-seinci)
Carrot (dipotong bulat)
Cendawan butang (dipotong 4)
Udang (dibuang kulit)
Sos tiram
Minyak
Garam
Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan dimayang hingga naik bau.
2. Masukkan asparagus dan carrot. Tutup pan dan biarkan hingga sayur lembut.
3. Masukkan cendawan butang, udang dan sos tiram. Gaul rata. Biarkan hingga udang masak.
4. Hidangkan.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Sep-2008 20:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Daging Masak Lemak Kuning Campur Kailan
|
|
Bahan-bahan
Daging (dihiris nipis panjang)
Bawang merah, bawang putih, halia (dimayang)
Lengkuas, serai (diketuk)
Lada kering dan lada merah (diblender)
Santan secukupnya
Sayur kailan (dipotong2...buangkan kulit pada batangnya dan potong kira-kira 1 inci)
Minyak
Garam
Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dimayang.
2. Masukkan lengkuas dan serai. Gaul rata hingga naik bau.
3. Masukkan campuran lada yang telah diblender. Kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging. Gaul rata dan biarkan seketika.
5. Tambahkan santan. Biarkan hingga daging empuk.
6. Masukkan batang kailan. Biarkan hingga batang kailan lembut.
7. Masukkan sayur kailan. Biarkan hingga mendidih.
8. Tambahkan garam. Kacau rata.
9. Hidangkan bersama nasi putih panas, ataupun dimakan dengan roti.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Sep-2008 20:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tomyam Seafood
|
|
Bahan-bahan
Pes Tomyam
Bawang Merah, Halia (dimayang halus)
Lengkuas, Serai, Cili api (diketuk)
Udang / Sotong
Brokoli
Celeri
Lobak Merah
Air
Air Perahan limau
Cara-cara
1. Panaskan air hingga mendidih. Masukkan pes tomyam dan bahan-bahan dimayang dan diketuk. Kacau rata.
2. Masukkan brokoli, celeri dan lobak merah. Biarkan hingga sayur lembut.
3. Masukkan udang dan sotong. Biarkan hingga masak.
4. Tambahkan garam jika perlu..dan tambahkan air perahan limau secukup rasa.
5. Hidangkan. Sedap dimakan begitu sahaja atau dengan nasi.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Sep-2008 20:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
"Trout" Bakar Sambal
|
|
Bahan-bahan
1 ekor ikan 'trout'
Bawang merah, halia (dimayang or diblender halus)
Kunyit
Garam
Lada kering (diblender halus)
Daun pisang
Minyak
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan2 dan lumur pada ikan. Perap selama kira-kira 1 jam.
2. Letakkan daun pisang atas frying pan, sapukan sedikit minyak.
3. Letak ikan yg dah diperap..bakar dgn api yg kecil..kira-kira setengah jam. Balik2an.
|
|
|
|